Monday, 1 June 2015

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat - Infused water atau air detox adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Biasanya resepi ini menggunakan buah seperti manga, strawberi, anggur, barries dan epal kemudian di rendam bersama daun herba seperti daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur saja dengan madu. Tapi boleh saja guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.


Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat
Buah lemon dan limau nipis antara bahan penting untuk buat air detox

Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum "infused water" atau air detox ialah:

  • meningkatkan tahap metabolisma
  • menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
  • membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
  • meningkatkan mood
  • mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat Air Detox:

1)Buah-buahan
Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri

2)Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing

3)Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon

4)Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach

5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

6)Herba: Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender

7) Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam

Cara Penyimpanan 

Simpan infused water atau air detox dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Selalunya ia bertahan selama seminggu. Tetapi untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan adalah lebih elok habiskan dalam masa 3 hari sahaja. Ini untuk elakkan buah-buah yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna. Paling baik habiskan sehari sekali. Lepas itu buat yang baru. Lebih sedap dan menyegarkan.

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat


2. Resepi Air Detox Buah timun dan lemon

Bahan-bahan:
2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.




No comments:

Post a Comment