Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2014 yang lalu.Semoga kejayaan ini menjadi satu titik permulaan kepada anda semua untuk lebih berjaya dalam mengharungi liku kehidupan yang semakin mencabar.Kepada yang kurang berjaya diharapkan berusaha dengan lebih baik di sekolah menengah nanti.
Kepada semua guru yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih kerana berusaha menngkatkan kecemerlangan murid-murid disekolah ini.Semoga sesi persekolahan 2015 nanti akan menjadikan kita semua lebih baik dari sebelumnya.
Murid-murid yang akan menjejaki kaki ke sekolah menengah nanti diharapkan terus berusaha memperbaiki diri dari segi akademik dan juga rohani agar ianya seiring.Tingkatkan amalan dan keimanan kamu agar dirahmati Allah.Perbaiki hubungan kamu terhadap ibu-bapa,kawan-kawan dan jiran tetangga.Hormati dan layanlah ibu-bapa dengan baik,dengar nasihat mereka dan jangan sesekali menderhaka kepada mereka.
No comments:
Post a Comment